Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitungan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China Kejohanan Asia di Wuhan, China.

Ia susulan kedua-dua pemain tersebut  melepasi halangan suku akhir mereka di hari ini.

Juara bertahan, Chong Wei  mengetepikan cabaran Hsu Jen Hao dari Taiwan 21-18, 21-13 manakala Lin Dan menewaskan seorang lagi pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-14, 21-12 di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai rekod, kedua-dua pemain telah bertemu 38 kali dengan yang terbaru di final Terbuka Malaysia awal bulan ini yang menyaksikan pemain China itu menang 21-19, 21-14.

Chong Wei adalah satu-satu wakil negara yang meneruskan cabaran di kejohanan ini selepas dua lagi wakil tewas kepada lawan masing-masing. 
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top