Wanita tertua di Malaysia, Puan binti Ahmad berusia 121 tahun dilapor telah meninggal dunia di rumah cucunya di Kampung Bendahara di Kodiang, Kedah tengah hari Jumaat.
Allahyarham
menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak dan cucunya pada pukul
1.30 tengah hari
Anak bongsunya, Tom Kamis, 63, berkata ibunya sebelum ini sihat dan tidak mempunyai sebarang
penyakit namun baru-baru ini dia kelihatan lemah.
Dikenali sebagai Tok
Puan, Allahyarham mempunyai empat anak berusia diantara 65 hingga 90 tahun, 19 cucu dan dan
70 cicit, serta seorang piut.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4, Kampung Bendahara
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4, Kampung Bendahara

Post a Comment